Thursday, 9 August 2012

Please Wake Up

Salam.
It's been a while....
Salam Ramadhan semua....cepat betul masa berlalu kan...
Nampaknya sudah tinggal 10 malam terakhir...marilah kita gunakan peluang ini sebaik mungkin,insyaAllah.
Begitu juga dengan hari berbahagia hamba....tup tup tup, cuma tinggal beberapa hari saja lagi....

Saat hamba sedang gembira menghitung hari, hamba telah dikejutkan dengan satu berita. Seorang sahabat baik telah ditimpa kemalangan...dan kini terlantar di ICU Hospital D.O.K Sandakan.
Cletus, seorang sahabat yang lucu dan ceria orangnya,
kini terlantar dalam keadaan koma.
Sedih hati usah ditanya...entah macam mana hendak diungkapkan, hamba sendiri pun tidak tahu...Air mata tidak berhenti mengalir saat menghubungi seorang rakan, abang Din yang setia menemani dan memberitahu perkembangan Cletus di sana.
Mengetahui dia sedang bertarung nyawa itu sudah cukup memilukan...belum lagi melihat keadaannya secara live...
Ya Allah, aku mohon padaMu, berilah Cletus peluang kedua...sedarkanlah dia dari tidurnya...berilah dia kekuatan untuk berjuang melawan ujian yang dihadapinya ini...amin ya Rabb.


  



Tuzz...please wake up.....I know u gonna win this battle.
I hope u can hear our prayers. Amin.

Si Kicik,

Saturday, 2 June 2012

Once Upon A Time

Salam.
Wehee!! Happy holidays kepada semua yang bercuti!! Tiada yang lebih menggembirakan pada ketika ini selain bercuti. ekeke ;p
Fuhh, take a look at my wedding widget at the side bar, well yes, less than 100 days. Woot woot!! Still got few things need to be done. Dan nampaknya, ini adalah cuti terakhir untuk sediakan apa yang perlu disediakan. Semoga dipermudahkan segala urusan hamba. amin. :)

Ok, hari ni hamba ingin berkongsi tentang satu minat hamba yang dari dulu, sejak zaman hamba masih bergelar murid sehinggalah sekarang hamba telah menjadi guru, masihhhh juga tidak berubah, which is.....my addiction to fairy tales. yap! hihihi
Tapi untuk makluman anda, hamba lebih berminat kepada fairy tales Barat. Fairy tales tradisional agak kurengggg sedikit. Mungkin disebabkan oleh pengaruh watak dan perwatakan (cehhh keluar segala sasteraku. ekeke) dalam fairy tales Barat yang sangat diimpikan oleh setiap kanak-kanak perempuan (dan juga wanita yang perasan dirinya masih kanak-kanak, ehem. *tangan ke dada mata ke atas*). Like seriously, hamba sangat tertarik dengan watak princess yang sangat cantik...dengan gaunnya yang hahhhh kalaulah...dengan istananya yangg gah...dengan happy endingnya yang sangat romantik...semualah...best best best! hehehe

Hamba mula meminati fairy tales sejak hamba terrrrbaca buku cerita dongeng zaman kanak-kanak dulu. Kemudian hamba terrrrtonton kartun bagi cerita-cerita dongeng ini. Dan di situlah bermulanya minat hamba terhadap bukan sahaja kartun or movie fairy tales, malah anything to do with princess and barbie story.

Ok, baru-baru ni, secara tidak sengaja, hamba keboringan, lalu mengambil remote control tv, lalu menukar channel 413, lalu terrrrrrkebetulan satu drama bersiri bertajuk 'Once Upon A Time' baru bermula dan terrrrkebetulan lagi, itu merupakan episod pertama. Dari tajuk itu sahaja, hamba sudah dapat hidu bahawa ini adalah drama bersiri fairy tales (cehh, padahal tekan info. hahahaha).


 This drama is sooooooo different from other fairy tale movies, of course, sebab ini drama. haha Tapi serius, drama ini berbeza dan sangat best. So now, i am slightly obsessed and in love with the new tv show Once Upon A Time. Love love love it!
Ok, let me do a lil bit of synopsis here.

Once Upon A Time adalah sebuah drama yang secara keseluruhannya menceritakan tentang Snow White (I bet you guys ever heard the fairy tale of Snow White right? Alaa...puteri salju dan 7 orang kerdil tu..).
Apa yang membuatkan drama ini sedikit berbeza ialah..

1. Cerita Snow White ini tidak 100% seperti cerita Snow White yang kita tahu...terdapat sedikit penambahan dalam jalan ceritanya yang menjadikannya lebih menarik dan advanture..

Inilah Snow White yang sangat cute dan cantik. hehe
2. Drama ini mempunyai dua latar yang berbeza, iaitu zaman dahulu kala ketika kehidupan Snow White masih dalam hutan...dan kedua, dalam kehidupan moden di mana Snow White dan rakan-rakan tersekat di dunia tersebut akibat sumpahan ratu.


3. Dan apa yang menjadikan drama Once Upon A Time ini sangat menarik  ialah...jeng3...hehehe walaupun drama ini mengkhusus kepada fairy tale Snow White, tetapi terdapat banyak watak fairy tales lain turut diselitkan sebagai watak sampingan dalam jalan cerita ini. Buat masa ini, watak yang telah muncul ialah 
Cinderella, Hansel and Gretel, Red Riding Hood dan Rumpelstiltskin. If you are fairy tales addicts just like i am, i bet you know those fairy tales character.

So tunggu apa lagi? Kepada penggemar cerita dongeng Barat, jangan lupa ikuti drama Once Upon A Time yang dimainkan di channel 413, astro pada setiap weeknight jam 9.15pm. Ok, hamba sepatutnya boleh dapat komisen daripada pengarah drama ini sebab tolong promote. hehehe

Enjoy watching guys! :)

Fairy Tales Addicts,

Wednesday, 16 May 2012

Happy Teacher's Day :)

Salam.
Wahhh...hamba sangat happy hari ini. hihi
Alhamdulillah hari ini sudah masuk tahun ke-2 hamba menyambut Hari Guru.
Dan apa yang membuatkan Hari Guru ini lebih bermakna kepada hamba ialah sambutan yang diadakan bersama keluarga SKM. Sangat happening! Hilang segala penat yang dirasai sebelum ini. Memang sangat diraikan dan terasa dihargai oleh semua pihak. :)

Sejujurnya, dulu sungguh hamba tidak pernah merancang untuk menjadi guru.
Tapi alhamdulillah, berkat doa dan galakan seorang ibu, maka hamba telah memilih laluan ke arah profesion ini. Mungkin Allah memang telah mencatatkan bahawa rezeki hamba adalah pada profesion perguruan yang sangat mulia ini. Satu profesion yang mungkin nampak mudah bagi sesetengah pihak, namun pada hakikatnya merupakan satu profesion yang sangat mencabar. Memang tidak dinafikan kadang-kala hamba sendiri tidak lari daripada merungut, tapi bila kesedaran itu datang, hamba cuba mengingatkan diri sendiri, "Sabar, sabar, tetapkan niat di hati 'Lillahi Taala'."

Segala-galanya biarlah 'Lillahi Ta'ala'. Memberi 'Lillahi Ta'ala', menerima 'Lillahi Ta'ala', berjuang 'Lillahi Ta'ala', mengajar 'Lillahi Ta'ala' dan semuanya 'Lillahi Ta'ala'. Sesungguhnya jika kita meletakkan segala tindakan yang diambil adalah kerana Allah S.W.T, maka kita akan berasa tenang serta redha dengan segala ketentuanNya, yang Maha Mengetahui tentang perjalanan kehidupan hamba-hambaNya, di samping kita berusaha. InsyaAllah. :)

Taraa...sedikit gambar untuk dikongsi. hihi

Wif my mentee, Fera. :)
Appreciation from beloved students. :)
Fofular ke derrrr...hihihihi
Ok, selain daripada sambutan Hari Guru tadi, hamba juga happy keranaaaaaaa...hihi
Kerana sekarang rakan-rakan bolehlah meninggalkan komen sekiranya singgah di blog hamba yang sukahati selambayaya ini. haha Sebab masalah teknikal yang dihadapi sebelum ini sudah dapat ditangani. Big thanks to my dear friend Riena! hihi

p/s : Perkongsian hari ini telah diinspirasikan oleh seorang rakan blogger.
Terima kasih diucapkan. :)

Proud to be a teacher,

Sunday, 29 April 2012

We've Been Shoot ♥

Salam.
Hi pepol! :) Yeayy, it's Sunday! and i'm glad that i'm at home right now. Ntah berapa minggu sudah tidak dapat menikmati hari Ahad. Syukurlah dapat berehat hari ni. Especially after a very hard work yesterday.
Wohaaa...yesterday had been a very tiring Saturday for me.
Awal pagi i've to pick up the kids, jadi guru pengiring pertandingan mewarna sempena Water Festival yang diadakan setiap tahun di Labuan.
Tengah hari around 12.30pm safely arrived home. Makan, solat, mandi.
Then at 1.30pm, i've to take off for another activity..which was...tadaaaaa...
my pre-wedding shoot. ;p

Gambar ini diicilok from our photographer. Pinjam yeee sebagai teaser of our  pre-wedding. ehe

Penat okkkk...it took about  4 hours to make it done. Sudah la pakaian sungguh tidak stylo, badan lagi keras mau posing...Ni la ni kalau memang sudah namanya bukan model. Siapa lah diri ini, cuma anak kampung yang biase2 aje..ekeke Tapi betul laa...i'm not that kind of girl yang you know, pandai bergaya, fashionista or what's so ever lah. Simple yet comfortable, yes thats me. :)
But seriously, no make up (mau natural beauty kunun, natural la sangat..ekeke), baju pun ntah apa-apa ntah. And the angin is the very the bikin panas because it made the tudungss the hancussss. hahaha (p/s : tudung memainkan peranan yang sangat penting okkk..tapi time tu juga laaa dia buat hal. Sabo je lahhh). Ok, i'm getting worried now memikirkan hasilnya. Fuhhh..harap-harap kepenatan itu berbaloi-baloi..amin amin amin.

Dan satu lagi hasil that we've got from this shooting ialah........HITAM. muahehe
Nasib baik la pre-wedding ni diadakan beberapa bulan lebih awal sebelum majlis, dapat juga mau repair balik kulit ni. Kalau sebulan or beberapa minggu sebelum majlis baru mau shoot, hehh you pikirrr la sendiri! :p

The wedding girl,

Monday, 16 April 2012

Buka Minda ♥

Salam.
Syukur alhamdulillah...hamba dan tunang telah pun selesai menghadiri kursus kahwin yang sepatutnya didahulukan sebelum urusan yang lain....
Maka dengan ini, terbuktilah kebenaran kepada apa yang sering didengar dan diperkatakan oleh bakal pengantin yang telah menghadiri kursus ini bahawa kursus kahwin agak membosankan.
Ya, hamba sendiri mengaku telah beberapa kali mengangguk-anggukkan kepala sepanjang menghadiri kursus tersebut. Bukan menganggukkan kepala tanda setuju dengan penceramah ya tuan-tuan dan puan-puan, tetapi menganggukkan kepala kerana tertidur-tidur ayam. Sungguh memalukan jika ada yang perasan. huhu

Memasuki Gerbang Perkahwinan
Sebenarnya kursus kahwin ini dapat memberi panduan dan pengetahuan yang sangat berguna kepada bakal-bakal pengantin untuk berhadapan dengan cara hidup yang bakal berubah setelah bergelar suami dan isteri mengikut jalan yang diredhai Allah, insyaAllah..termasuklah kepada hamba dan tunang.
Cuma yang menjadikan kursus ini agak boring ialah cara penyampaian penceramah. Bagi penceramah yang lucu, hamba suka, mata sangat segar mendengarkannya. Tapi yang agak mendatar itulah yang menjadi punca mata semakin mengecil.
Apapun alhamdulillah...semuanya sudah selesai...dan dengar khabar, kursus ini akan dipanjangkan kepada seminggu...Tahniah dan selamat mendengarlah ye kepada yang belum menghadirinya...ekeke

Dan alhamdulillah...sejujur-jujurnya...kursus ini telah menyedarkan hamba tentang sesuatu yang pada asalnya hamba sendiri pun sudah tahu, cuma diri ini lalai kerana terlalu memberi tumpuan kepada hal-hal duniawi yang bersifat sementara. Dan jika perkara yang sama dihadapi oleh anda, marilah kita sama-sama membetulkannya.
Sesungguhnya apa pun yang kita lakukan, biarlah niat kita melakukannya hanya kerana Allah s.w.t.
Astagfirullahalazim....berikan aku hidayahMu ya Allah...

The Wedding Girl,

Sunday, 25 March 2012

Bought and Booked ♥

Salam..
I'm back! Macam chipsmore kn, kejap ada kejap teda..hehe
Ok let see, apa yang mau diupdate ni, blurr sikijap...

Ok, jom ikuti perkembangan hamba menuju ke hari berbahagia..hihi
Everythings good so far...alhamdulillah..woott woott! :p
Banyak juga la yang dapat disettlekan dalam cuti sekolah bulan Mac yang lalu..
Cuti seminggu tu pack dengan misi mencari barang...
Start ja cuti, on Saturday morning terus ke KK, and from KK, fly to KL pada malam yang sama..Bayangkan, jauh perjalanan kami dalam sehari tu...arrived around 10pm at the airport, and around 2am at uncle Jerry's house. Fuhh..trus pengsan..huhu
Oh ok, dengan siapa? Lupa pula sebut...
Memandangkan tym tu yang lain tidak dapat bercuti, so hanya hamba dan tunang hamba la jawabnya...

Ok ok, this is what i really want to share with you guys.
Suppose to be, kami cuma berada di KL dlm 3 hari...buttttt...pada hari yang kami dijadualkan untuk fly back to KK, something happened...jeng jeng jeng...
Yesss you got it!!! KAMI KETINGGALAN FLIGHT. sekian.
Tapi kalau ikutkan, kami belum ketinggalan punnn time tu sebab flight belum terbang...cumaaa...kami terlambat tiba untuk urusan check-in and unfortunately the counter closed dan kami tidak berjaya mendapat belas kasihan daripada mereka yang bertugas di counter. Tidak cukup comel. huhuhu
So apa yang berlaku ialah...we stay another 2 days di KL. Oh duitkuuu....

Ok back to track...
Dalam cuti tu, alhamdulillah...dapat settlekan beberapa perkara...
Antaranya termasuklah...misi membeli barang hantaran, bunga telur dan banyak la benda-benda lain yang diperlukan tuk majlis..
Dan apa yang paling best ialah..jeng jeng jeng...:p
Misi menempah busana perkahwinan...(ceh skema bunyinya...hihi)
Tapi serius, perasaan waktu ukur-ukur badan tu, memanggg....fuhh.
*tarik nafassss...hembus*
....memang macam tidak percaya...
macam "eh, aku ukur baju kawin la..." hihi
Well yes, this is really happening Nanie. :)

Then balik Labuan dapat rehat sehari sebelum kembali ke sekolah...
See! Habis seminggu urus benda tu ja..nampak senang kan? but it is not actually...
So sekarang...perlu gunakan masa weekend sebaik mungkin untuk urus apa yang perlu..
Sebelum cuti tu, sudah settle with my insyaAllah official wedding photographer.
Package make up pun sudah book.
And now...its time untuk book pelamin dan videographer...
Been visiting some of the wedding butik, tapi belum decide which one yang akan dipilih. Waiting for the draft and the quotation to be send..
Then petang ni we going to meet the videographer...at 4pm. Yup, 4pm.
hah? 4pm??? Ya ampun, jam berapa sudah ni...better chow now, nanti sambung.
Bye!

The Wedding Girl,

Wednesday, 29 February 2012

Hidup Bowling!

Haaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh??? Terkezuttt my hearttt..buka2 ja blog terus ternampak my wedding widget yg tercatat jumlahnya less than 200 days. huhu
You better get things ready Nanie!
Bukan juga hamba sengaja untuk melengah-lengahkan persediaan yang sepatutnya sudah dimulakan daripada sekarang. Cuma buat masa ni masih ada komitmen lain yang perlu diberi perhatian..

Last 2 weeks jadual hamba agak padat dengan paginya pergi kerja, petangnya pergi ke Golden Bowl. Golden bowl bukanlah kedai emas ye ladies and gentlemen, itu merupakan tempat untuk bermain bowl bowl bowling. hehehehe
Untuk pertama kalinya dalam hidup, hamba telah menjadi juruletih ok, bukan jurulatih, tapi juruletih, sebab letih melatih. ehehehehe nahhhh...nda juga la letih...sebab yang main tu murid, bukan guru..ada aircond lagi..heheheheh
Mau cakap hamba ni tahap profesional main bowling, tipu pula kalau cakap YA. (insyaAllah will be soon...amin. hahaha angan2)
Hamba sendiri pun sebenarnya dalam proses untuk meningkatkan kemahiran. Tapi atas dasar minat, hamba merajinkan diri sendiri untuk bawa budak2 ni berlatih pada setiap petang memandangkan cuma ada 2 minggu sahaja lagi sebelum pertandingan....fuhhh tempoh yang agak singkat untuk pemain amatur macam kami ni...huhu
Tapi alhamdulillah..berkat kesungguhan dan keseronokan yang amat seronok sepanjang latihan, my bowling team dengan tidak kesangkaan dan tidak kepercayaannya (cehhh rosak bahasa..hahaha) telah berjaya mendapat tempat johan punya pesaing iaitu Naib Johannnnn!!! yeayyyy!! tepuk tangan tepuk tangan. hehehe
Gumbira sehhhhh....entahlah macam mana mau cakap, tapi hamba gembira sebab kami berjaya sampai ke tahap ni. Alhamdulillah. hihihi

Ini sajalah gambar yang ada untuk hamba kongsikan bersama...diambil m'gunakan hengpong yang sungguhlah canggih. Yang penting, kegembiraan jelas terpancar di wajah kami. Eseh. hihihi
Selain komitmen kerja, hamba juga sebenarnya sedang sibuk menguruskan satu lagi mimpi yang InsyaAllah akan 100% menjadi kenyataan. Buat masa ni masih dalam 60%. hehehe Ingin tahu apaaaaaa???? Nantikan kemunculannya dalam post akan datang..ehehehehe

The busy girl,

Friday, 27 January 2012

List down and check ♥

Tadaaaa...I'm back! hehehe
Ok lets continue...
Done with picking a theme! So now it's time to do the checklist thing.
Actually checklist ni terpulang kepada what we need for the event, so lain orang lain la checklistnya kan. And for me, i've been dividing my checklist into 3 categories. 

1st - Checklist hantaran.
Memandangkan time bertunang hari tu tiada hantaran, so hantaran ini disertakan waktu majlis akad nikah nanti. And  yup, i've to brainstorm apa mau bagi sebagai hantaran and make a list. Fuhh, pening juga mau cukupkan bilangan tu..hihi and finally done! =)

2nd - Checklist keperluan majlis
Majlis nanti terbahagi kepada 4..majlis khatam al-Quran, majlis akad nikah, majlis malam berinai and majlis persandingan.
So untuk memastikan tiada yang tercicir, i listed down one by one apa yg diperlukan mengikut setiap majlis...and done! =)

3rd - Checklist booked
Yang ketiga ni, it's more to all the booking-booking things. hehehe
Contohnya make up, busana, pelamin, photographer, etc.
I need the checklist for these things to make sure that all of them has been booked or belum booked, then how much deposit sudah bayar, and how much left i need to pay. and done! =)

Having a checklist will help a lot guys! Seriously!
May some of these sharing might help all of the bride to be out there.
So that's it for now! More things to do..=)

p/s : Today I've turn into 25! Happy Birthday to me...hihihi
Thank you Allah!


The Birthday Girl,

Sunday, 8 January 2012

Lets Pick a Theme ♥

Salam.
Happy Sunday everyone! =)
Ok, semalam baru ja post about my coming big day.
So hari ni hamba terus bersemangat! Bangun pagi terus buka laptop. ekekeke
Hamba telah membuat keputusan untuk memulakan langkah dengan memilih tema.
Sebenarnya senang ja mau pilih tema ni, pilih warna yang kita suka and thats it!
Akan tetapi....untuk siput seperti hamba, banyak faktor yang hendak diambil kira. 

Yang pertama,
it should be my fav colour.

Yang kedua,
purata berapa banyak perkahwinan yang telah menggunakan tema tersebut.

Yang ketiga, it must be sweet!

Dan calon-calonnya ialah...jeng jeng jenggg...

1st theme - purple and turqoise.
These two are my fav colors, purple and blue. I'm loving them! =)
Cuma both colors macam terlalu kerap digunakan and automaticly make it less special.


2nd theme - royal blue and silver.
Again, it's blue! hehe and its a very good match with silver. Charming!


3rd theme - green and white.
Ok, lately warna hijau selalu menarik perhatian hamba.
Dan gabungan 2 colour ni nampak suci. It's calming. Don't u think so?


And last but not least...
(cukuplah 4 calon, nanti bertambah fening hamba mau pilih..hihi)

4th theme - pink and green.
Seriously, dua2 pun bukan warna kegemaran hamba,
dan bukan juga warna yang hamba anti.
But....these two colors really look sweet together. And it attracts me.


Pilih jangan tak pilih. hehehe

The Wedding Girl,

Saturday, 7 January 2012

Two Zero One Two

Salam.
Jeng jeng jeng! Its my 1st post for 2012. Yeayyy. hehehehe
Hi my dear silent listenerssss!
By the end of 2011, jadual hamba agak padat, thats why tidak terupdate blog.
As u can see, blog hamba berwajah baru sempena tahun baru...eseh...hihi
Whattt? Kenapa kamu senyum begitu? Because of my blog's title? Muahahaha
Jangan la kamu begituuu...malu i....eheheh
Yeppp, the Day is now on its way, uhh, scary....Its January! And i haven't start anything yet. Thats not good, as the time flies fast nowadays. Tup tup tup, sekali tengok, it's August! Nahhh..i better move fast right? No wonder why some people call me a snail, hamba sangat lambat bertindak, yaa what can i say.
Hamba sungguh tidak tahu di mana dan bagaimana harus hamba mulakan.
Guess i should start by making a list, what to do, what to buy, etc.
Or should i pick a theme dulu? Oh maii..i fening...
Hm..mcm nda percaya...i'm getting married soon....like, soon! Real soon!


But no worries, segala persediaan sepanjang menuju ke hari berbahagia ini akan hamba kongsikan bersama, so stay on track guys!
And please do pray for me..
May Allah ease the way. amin =)

The Wedding Girl,