Salam.
Syukur alhamdulillah...hamba dan tunang telah pun selesai menghadiri kursus kahwin yang sepatutnya didahulukan sebelum urusan yang lain....
Maka dengan ini, terbuktilah kebenaran kepada apa yang sering didengar dan diperkatakan oleh bakal pengantin yang telah menghadiri kursus ini bahawa kursus kahwin agak membosankan.
Ya, hamba sendiri mengaku telah beberapa kali mengangguk-anggukkan kepala sepanjang menghadiri kursus tersebut. Bukan menganggukkan kepala tanda setuju dengan penceramah ya tuan-tuan dan puan-puan, tetapi menganggukkan kepala kerana tertidur-tidur ayam. Sungguh memalukan jika ada yang perasan. huhu
Sebenarnya kursus kahwin ini dapat memberi panduan dan pengetahuan yang sangat berguna kepada bakal-bakal pengantin untuk berhadapan dengan cara hidup yang bakal berubah setelah bergelar suami dan isteri mengikut jalan yang diredhai Allah, insyaAllah..termasuklah kepada hamba dan tunang.
Memasuki Gerbang Perkahwinan |
Cuma yang menjadikan kursus ini agak boring ialah cara penyampaian penceramah. Bagi penceramah yang lucu, hamba suka, mata sangat segar mendengarkannya. Tapi yang agak mendatar itulah yang menjadi punca mata semakin mengecil.
Apapun alhamdulillah...semuanya sudah selesai...dan dengar khabar, kursus ini akan dipanjangkan kepada seminggu...Tahniah dan selamat mendengarlah ye kepada yang belum menghadirinya...ekeke
Apapun alhamdulillah...semuanya sudah selesai...dan dengar khabar, kursus ini akan dipanjangkan kepada seminggu...Tahniah dan selamat mendengarlah ye kepada yang belum menghadirinya...ekeke
Dan alhamdulillah...sejujur-jujurnya...kursus ini telah menyedarkan hamba tentang sesuatu yang pada asalnya hamba sendiri pun sudah tahu, cuma diri ini lalai kerana terlalu memberi tumpuan kepada hal-hal duniawi yang bersifat sementara. Dan jika perkara yang sama dihadapi oleh anda, marilah kita sama-sama membetulkannya.
Sesungguhnya apa pun yang kita lakukan, biarlah niat kita melakukannya hanya kerana Allah s.w.t.
Sesungguhnya apa pun yang kita lakukan, biarlah niat kita melakukannya hanya kerana Allah s.w.t.
Astagfirullahalazim....berikan aku hidayahMu ya Allah...
The Wedding Girl,
No comments:
Post a Comment