Friday 9 December 2011

Do you see yourself as a shopaholic?

Sedang mulut hamba mengunyah-ngunyah nasi goreng yang sungguh rajin hamba goreng pada pagi-pagi ini, sambil tangan hamba membelek-belek majalah Intrend yang dipinjam daripada kakak ipar, tiba-tiba kunyahan dan belekan hamba terhenti apabila terlihat satu artikel seperti amat amat amat berhubung kait dengan hamba, bak kata orang, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya, nda kan pula orang yang minum air terasa pedas kan? eh apa ni, melalut sudah ni. Ok ok, back to track. Ini lah ni..satu topik yang sangat sesuai untuk dikongsikan bersama...untuk memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang rasa dirinya pandai lupa daratan apabila...jeng jeng jeng...bershopping! Jom kita tengok siapa yang kenaaaaaaa..

10 Tanda Anda Ketagih Berbelanja atau lebih dikenali sebagai 'Shopaholic'


1. Pengeluaran melebihi bajet
Sudah tetapkan bajet, tetapi membelanjakan wang lebih daripada bajet dan akhirnya terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan.

2. Belanja kerana emosi
Berbelanja apabila berasa marah, depresi atau kesepian.Juga kerap bertengkar dengan orang lain yang tidak setuju dengan tindakannya yang kuat berbelanja.

3. Tidak fikirkan kesan jangka panjang
Apa yang diinginkan pada saat itu harus diperoleh tanpa memikirkan terlebih dahulu apakah gaji bulanan cukup untuk membayar keperluan lain.

4. Gila membeli
Cenderung mengambil barang yang disukai tanpa berfikir panjang sama ada dia sebenarnya memerlukan barang tersebut atau tidak.

5. Rasa seronok
Saat melihat barang-barang di kedai, dia akan berasakan semangat dan tidak sabar untuk membelinya. Namun setelah membayar, timbul rasa bersalah. Sayangnya, itu tidak membuatnya serik untuk berbelanja lagi.

6. Tak boleh hidup tanpa kad kredit
Berasa kehilangan tanpa memegang kad kredit, terutamanya saat berjalan-jalan di pusat membeli belah.

7. Berbohong
Berbohong soal harga barang yang dibelinya kerana takut menerima kritikan. Biasanya dia akan menyebut harga yang lebih rendah kerana khuatir dikatakan sebagai seorang yang boros.

8. Kekerapan berbelanja
Ketagihan berbelanja adalah gangguan yang berlanjutan, tidak hanya sekali atau dua kali. Shopaholic boleh berbelanja besar lebih daripada tiga kali setahun.

9. Suka sembunyikan masalah
Menyembunyikan barang yang dibeli kerana takut dikritik jika orang lain tahu apa yang dibeli. Biasanya dia memiliki tempat simpan rahsia dalam kamarnya.

10. Hubungan sosial bermasalah
Hubungan boleh terganggu kerana shopaholic banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk berbelanja, dan cuba menutup hutangnya dengan tipu muslihat.


Eeiiihhhh...7 daripada 10? biar betul ...mustahil mustahil...


Shopaholic kah saya?

Thursday 8 December 2011

Rindu la pulakkk..

Waaa sunyinya rumahhh...
Mereka meninggalkanku sendirian menjaga rumah....agaknya mau balas dendam la tu sebab 2 minggu hamba tiada di rumah. muahaha  Macam biasa, malam ni check in rumah kak Lyn la jawabnya. Tiada keberanianku untuk home alone. hehehe
Hmm...time sorang-sorang ni, tiba-tiba teringat pula dengan budak-budak yang telah menjadi 'geng karas' hamba. Hari tu time sedang melancong, semua sibuk sms and call tanya bila balik, mau bawa jalan.....tapi bila sudah balik, senyap pula hengpong ni. Rindu juga sebenarnya dengan mereka-mereka ini...pelik pula ni tau...lucu pun ada...hari tu sempat juga luangkan masa time hari terakhir sekolah...rindu sehhhh..





 Mau bawa jalan sekarang macam malas pula. huahuahua
Tunggulah kerajinan datang, mau rehat dulu.
Best juga sebenarnya bergeng dengan budak-budak ni, terus terasa diri ini macam masih budak sekolah. muahahaha

Saya rindu mereke lerrr..

Wednesday 7 December 2011

Jauh Perjalanan, Luas Duit Berterbangan. muahaha

Salam.
Hi my dear silent listeners. How have u been?
Ampun, lama nda terupdate. After those busy weeks, hamba terus fly for holidays..and i'm home now! yeayyy! hehe Dan tahukah anda bahawa cuti sekolah sangat membahagiakan? Muahaha

Well...it's been a long journey..
Bermula saja cuti sekolah which is Sabtu, hamba sudah bergerak ke KK coz flight hamba awal pagi Ahad KK-KL. Then bermalam 1 malam di KL sebelum bertolak ke Singapore pada keesokan harinya. Actually it was my second visit to Singapore. My first visit was on 2007 kalau nda silap, bersama-sama family tersayang. Itupun kami cuma pulang balik, bermalam di Johor. Dannnnn...time tu Universal Studio Singapore (USS) belum wujud. Maka kerana itulah hamba berminat untuk menyertai rombongan  kelab guru ke Singapore, hanya demimu USS. muahahaha

Oh ya, kalau anda berniat untuk shopping di Singapore, hamba nasihatkan padamkanlah niat itu sekarang. It's dollar guysss!
Berdasarkan kajian, ceh kajian, pemantauan dan pemerhatian yang hamba lakukan, sebenarnya barang-barang di Singapore memang murah...accesories, baju-baju, makan minum semua murah...akan tetapi, eseh, kasi suspen sikit, ehehe...kalau nilai dollar itu ditukar kepada ringgit malaysia, maka harga yang sebenarnya murah itu menjadi mahal di mata kita....
So kesimpulannya di sini, murah untuk Singaporian, atau sesiapa yang berkerja di Singapore, tetapi mahal kepada Malaysian atau sesiapa yang nilai mata wang negaranya lebih rendah daripada dollar Singapore.
Sekian, ulasan matawang untuk hari ini. ekeke
Jom cuci mata dengan beberapa gambar hamba di USS. Enjoy! hehe

Akhirnya...hajat tercapai...ehehe
Po! My favorite kungfu warrior yang comel. ehehehe 

This is what i've been waiting for. Meet the fairytale castle yang sejak kecil cuma mampu tengok dalam cerita princess....dan hamba terus hanyut dengan angan-angan sepanjang berada di sana..hahaha


That's it! Banyak lagi sebenarnya...boleh tengok di FB hamba jika sudi. hehe
Dan percutian hamba belum berakhir apabila balik ke Malaysia.
Hamba stay lagi di ibu kota 3 hari, iaitu di KL bersama my dearest bestfriend, Ani.
Dan...aktiviti kami ialah...shopping! Itu sudah pasti. muahahahaha
Syukurlah cuma 3 hari, kalau nda....wallahualam..=P

Seterusnya, dari KL hamba sambung percutian dengan mendarat di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak..
Sebelum ni hamba cuma pernah ke Mukah. So kali ini hamba meluaskan pemandangan dengan mengexplore beberapa buah kawasan lagi di Sarawak, iaitu bermula di Sibu > Sarikei > Saratok > Betong dan last destination, Kuching.
Actually tujuan utama ke Sarawak adalah menghadiri majlis pertunangan dua orang rakan seperjuangan hamba, iaitu Hans dan Niesa. Masih ingat lagi, dulu kami bermula sebagai satu geng yang rapat. Nda tau la macam mana Hans boleh termasuk dalam geng kami yg semuanya perempuan. ehehe Dan tidak disangka dalam diam2 cinta mula berputik antara 2 orang geng ini, eseh..hehe dan alhamdulillah, sekarang telah diikat dengan ikatan pertunangan.
So happy for both of you! =)
Sudah alang-alang sampai ke Sarawak, bagus explore terus kan? Maka kerana itulah terancangnya percutian di Sarawak. Alhamdulillah, memandangkan hamba mempunyai ramai kawan Sarawakian, maka itu memudahkan dan menyeronokkan lagi percutian hamba di sana. hehehe

Lovely Niesa..

Dannnn...Sarawak bukanlah penghujung kepada percutian hamba.
Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi yang seterusnya, iaitu Kota Kinabalu, Sabah.
Di KK, aktiviti hamba lebih kepada entertainment. Lebih-lebih lagi apabila tunang tersayang menyusul datang. Dua-dua kaki panggung. Maka dengan itu, movie marathon la jawabnya..hehehe
Dannnnnnnnnnnnnn...omaigaddddddddd! Setelah seminggu hamba menahan hati daripada menyerbu panggung untuk menonton wayang kami, eseh wayang kami ahhh..ya wayang kami...hahaha akhirnya dapat juga tengok bersama tunang tersayang...hehehehe
Apa wayang kami? Jeng jeng jenggggg...Twilightttttt!

Aduh aduh aduh, sangat romantic...terus berbunga-bunga hati mau kawin...=P
Sebelum tunang datang, hamba ada juga melawat panggung bersama rakan-rakan, menonton satu lagi wayang yang dinantikan-nantikan, iaitu Ombak Rindu. Ya ampun, terus selesma time keluar panggung. Sedihnya la cerita ni. Sebelum ni cuma dengar sinopsis daripada kawan-kawan yang kaki novel. Tapi lepas tengok sendiri, fuhhh...salah satu filem Melayu yang boleh diterima la. hehehe

Ok, begitulah perjalanan dan aktiviti hamba dalam 2 minggu yang lalu.
KK adalah destinasi percutian yang terakhir. Cukuplah 2 minggu hamba menghilangkan diri. Sekarang masa untuk menghabiskan sisa-sisa cuti dengan relekssssss di rumah. So kepada anda yang sedang bercuti, selamat menikmati cuti anda. =) Dan kepada yang tidak bercuti, mohonlah cuti. Wah sukahatiku. hahaahaha
Sekian, bahagianya cuti. hihihii

Sedang menikmati cuti,

Saturday 12 November 2011

Rombongan Mak Kiah

Salam.
Waaaahoooaaaaahooooaaaaaa!!! Ok, itu namanya jeritan stress.
Ya Allah...sibuk sibuk sibuk sibuk. Permudahkanlah segala urusanku ya Allah. amin.
Yep, school holidaysss are just around the corner.
I'm moving fast towards it actually, but suddenly.....
POPPP! Kesibukan jatuh berlonggok depan mata, blocking my way.
Mau tidak mau...hamba perlu berkerja keras untuk meratakan longgakan itu so that i may smoothly go and meet my holidayssssssss.
Hahhhhh...betapa hamba inginkan sebuah percutiannnn...
Ok, bercakap tentang percutian, sebenarnya hamba ada juga pergi ke beberapa buah tempat dalam tempoh bekerja ni dan bukan untuk urusan kerja. Sebaliknya hamba ikut rombongan Mak Kiah. ehehehehe Best best best!

Last September, untuk pertama kalinya hamba belayar bersama-sama keluarga tunang. Destinasi kami ialah Mukah, Sarawak specially for Irfan's wedding (mr. fiance's little brother). Langkah bendul ni budak. hehehe Btw, I'm happy for him. Suuuuweeeet saja tengok dorang ni. =) But seriously, pengalaman ke Mukah sangat2 best. Dengan family tunang yang sangat sporting dan lawak, makes the journey more exciting. Enjoyyy fullblast! =D Here are some of the moments that been captured. Check it out!

Bakal Family yg sangat sporting =)
Pengalaman naik Maswing Twin Otter. Kecut perutttt. =P
Begini la kalau orang 1st time jumpa airport yang comel. Sakai. hahaha

Fiance with his only brother =)
Ok, done with Irfan's wedding.
Then on the1st of November, it's Kak Eqa's turn (mr fiance's elder sister).
Majlis perkahwinan kak Eqa diadakan di Tuaran, Sabah. So sekali lagi, hamba join rombongan Mak Kiah. Belayar bersama-sama family tunang untuk kali kedua. hehe Kalau hari tu, hamba cuma berpeluang berkenalan dengan Atih, adik bungsu bakal mertuaku, (kira bakal aunty la..hehe) kali ni.....jeng3....for the 1st time, hamba berjumpa dengan Mak Tok (nenda tunang), family Alang, dannnnnnn...bakal bapa mertuakuuuu. hihi Kali ni ramai sikit yang turun padang. Alhamdulillahhhh...they are soooo friendly and sporting. Legaaaaaa...hihihi

Ok now, mau tau macam mana majis perkahwinan kak Eqa?
Oh ladiessssssssssss.....it's our dream weddinggggg!!
Dengan tema white blue dan hiasan fresh flowerssss....fuhh!
Majlis kak Eqa ni diadakan di Shangrila Rasa Ria Resort Tuaran. And lokasi majlis adalah di luar resort, which is depan pantai. It's a garden wedding okk, pheww...lovely.
Cuma satuuuuuuuuuuuuuuuu saja masalahnya...panas. Bukan apa, sebab majlis akad nikah diadakan dalam jam 4.30-5.00pm, dan kebetulan waktu tu matahari mula turun untuk terbenam. Lokasi akad nikah tu betul-betul berhadapan dengan matahari, so...pancaran sangat tepat. Panas panas panas.
Tapi nda lama lepas tu kedudukan matahari semakin rendah...and the romantic moments came. Serius romantic! Bila sudah sampai masa sunset, angin mula bertiup perlahan seakan mengiringi. Tetamu menjamu selera di tepi pantai, diiringi nyanyian daripada live band. Then bila hari mula gelap, upacara potong kek diadakan, diiringi dengan letupan bunga api yang colourful wonderful beautiful.
Jom tengok gambar. 

Ini laluan pengantin menuju ke tempat akan nikah.
Akad nikah berlangsung di hadapan pantai.
Haaaa....nampak tu pondok tu, itulah tempat nikah.
Gambar ini di ambil dr tempat makan, atas pasir ok. hehe
Live Band diimport dari Labuan.
Tadaaa...the newly wed in grey. Nda sempat ambil gambar kak Eqa pakai the 2nd dress.
Simple yet beautiful. =) 
Obor mula dinyalakan sebab hari mula gelap.
That's it! Adik dan kakak sudah kawin, anda bila lagi encik tunang? muahaha =P
Both wedding sangat sweet and best. Dan itu membuatkan hamba semakin kuat berangan-angan. ekeke
Last but not least, congratulation once again to
Irfan & Liessa and kak Eqa & abg Din.
May Allah bless your marriage. =)

Waiting for her turn, muahehe

Tuesday 8 November 2011

Salam Aidiladha

Salam.
Sebelum mula menaip karangan yang panjang lebar, hamba ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidiladha to all my dear silent listeners yang menyambutnya. Rasanya masih belum terlambatkan? Lepas azan Subuh tadi pun, masih kedengaran lagi takbir raya berkumandang di masjid Kg Tg Aru. Sayu hati kalau dengar takbir...lebih-lebih lagi pada waktu Subuh yang sunyi dan sejuk...

Oklah..ayuh kita teruskan lagi topik kita pada hari ini dengan tajukkk....juadah hari raya. Hamba suka topik ini..muahehehehe. (So lepas ni tolong jangan hairan kenapa hamba berkembang dengan pesatnya, okkkk? ekekeke)

Tahun ni....Hari Raya Aidiladha disambut dengan sederhana ja...kalau tengok dalam FB, wohoooo...sana sini orang upload gambar juadah raya yang macam-macam adaaaaaaaaaaa...tapi untuk kami sekeluarga, menu ala kadar saja, asal ada untuk dihidangg...tak percaye? tengok la sendiri...tadaaaaaaaaa...hehehe

Rendang daging ibu, lemang beli, kuih-muih tunjuk.
Kan kan kan? Sederhana kan? Tapi hamba tetap bersyukurrrr...sekurang-kurangnya hamba masih boleh menyambut Aidiladha bersama family tersayangg. It's more than enough. =) (And yang paling penting.......dapat makan rendang ibu! Terbaeeeeeekkkk! Sedap sehingga menjilat jari okkkk. heheeheh)

Then raya haji ni kakak balik Labuan, best! Nda juga terasa sunyi rumah. Hehe Terus Adam gundut lagi sibuk juga mau tidur di rumah sebab ada angah and uncle balik. (Wish you were here toooo pija channn)
Dan yang bestnya lagiiiii...kalau raya lepas kaka balik berdua, kali ni.....jeng3...kaka balik bertiga..hihihi Yep, somebody's hiding inside her tummy...ekekeke 2 months ++ sudahhh....bestnyaaa...saye suke saye suke....=P
Sekian. Cerita Hari Raya Aidiladhaku.

Bakal aunty lagi,

Wednesday 26 October 2011

Happy Hours with the Students

Oh my happy day!
Gumbiranya hari ni.....say NO to stress! hehe
Dari pagi tadi ada program dengan murid-murid tahun 4. For the 1st time, i jadi penceramah ok. hahahaha Sikit ja pun ceramahnya tu, selebihnya buat aktiviti. Sangat enjoy! Especially chicken dance for my slot and part karaoke! Murid-murid ni kannn...kalau bab menghafal lagu punya cepat ingat, cuba disuruh hafal sifir, punya lidutttt...it's a fact! hihi
Then petang...continue dengan happy hour with students year 6.
It's bowling timeeeeeee!
Gila rindu, lama nda main bowling..fuhh! Terus longkang lah jawabnya time main tadi, lama nda main kan (kunun, padahal memang nda pandai main pun..hahahaha).
 Murid, guru, semua sporting. Semua bakat menari yang terpendam terus dapat dicungkil tadi gara-gara segala jenis tarian keluar kalau dapat strike. hahahaha
Best best!
Selesai dengan happy hour, some of the students masih belum puas main bowling, so kami stay la sambung game.
Then sebelum hantar dorang balik, sempat lagi singgah di Sea Complex. Buat apa? Apa lagi, bergambar laaa! hahaha. 
Check it outttt! hihihihi

6 orang kena sumbat dalam MYVI (7 trmsuk hamba), pandai2 la kamu hidup ahh. hahaha

Who's the teacher? muahaha







Buat muka kesian gara2 nda dapat ambil beg sbb lmbt balik and gate sekolah sudah kena kunci. hahaha

Happy teacher =D

Monday 24 October 2011

Her name is Lola. =D

Salam.
Ya ampun...gembiranyaaaaa...
Setelah sekian lama bertahan, kali ni memang nda boleh tahan sudah....hahahahahha
Untuk makluman anda dan anda, before ni, hamba ada belasan ekor kusing, akan tetapi...apabila hamba mula melanjutkan pelajaran nun jauh dari kampung halaman....maka kusing-kusing hamba mula tidak terjaga...lalu semakin hari semakin berkurangan...sehinggalah meyooo kusingkuuu...
Hamba sangat sodih, balik rumah tiada sudah kucing....sob sob. T.T...
Tapi terpaksa akur juga sebab kesian ibu, ibu pula yang kena jaga.
Bermula saat itu, ibu melarang hamba memelihara kusinggg kerana tiada orang yang mau urus selain hamba...
Dan setelah hamba habis belajar, masih juga dilarang...kerana anak buah hamba, iaitu si Adam gundut, menghidap asma, sangat sensitif dengan bulu-buluan......maka sekali lagi, hamba sodih, sebab sudah angan-angan, kalau habis belajar mau continue dengan kusing baru...sob sob. Ibu cakap, tunggu ada rumah sendiri. Maka dengan itu, cepatlah kau berdiri wahai rumah.
 Akan tetapiii...Tuhan itu Maha Pemurah. Hehehe
Tiba-tiba hamba mendapat satu sms daripada bakal ibu mertua (yang juga merupakan ibu segala kucing..hihi) bahawa hamba ada baby baru dan mohon diberikan nama. 
Hamba melompat, menjerit, menari pusing-pusing rumah. 
Akhirnya! Hamba ada kucing! muahahaha 
Dan dengan itu, hamba menamakannya...Lola. hehehehehe (ada ka patut encik tunang mau namakan Bibah. Sampai hatimu tunang. Siapa Bibah tu hah hah? ehehe)
Semalam kali pertama jumpa Lola, my baby bulat. =D
Tapi hamba sodihhh juga....sebab belum dapat tinggal bersama-sama Lola...sob sob. Hal ini demikian kerana, seperti yang telah di'warning' awal-awal, tunggu ada rumah sendiri baru boleh bawa Lola. uwaaaaa...cepatlah kau rumah, cepatlah kau siappp...

p/s : Gambar Lola will be upload soon. Stay tuned. hihi

Mommy Lola,

Saturday 22 October 2011

Jejak Kasih

Posto posto! 
Dear listener,  masih ingat lagi post hamba yang bertarikh 1 Sept 2011 di bawah, yang bertajuk Please Come Back tuuuuuuuuuuuu..
Guess what?? Allah do help me out!!! I've found ittt!!! Alhamdulillahhhh! =D
Memandangkan benda yang terrrrrrrhilang itu sudah dijumpai,
maka izinkan hamba memberitahu kalian apakah bendanya ituuuu...
Well well well, ladies and gentlemen....
Benda yang hilang itu ialahhhh...*drum roll pleaseeeeeee*
Tadaaaaaaaa...


Iyaaaa...cincin tunangkuuu!! muahahaha
Careless kan? Sungguh!
Tapi nda pa, yang penting jumpa suda..lega hambaaaa...ekekeke
And the best part issssss...
Tau siapa yang jumpa?
Guess guess guess! Kimon kimonnnnnnn!
Tetttttttttttttt...
Bakal ibu mertuakuuuu....Muahahahaha
Nda kecut perut ka kamu if u are in my shoes?...lu fikir la sendiri...=P

Happy me,

Thursday 20 October 2011

Jom Berdikari

Alhamdulillahhh...
Hari ini angka dalam akaun bank bertambah lagi...
Syukran ya Allah..
Begini pula ni perasaannya kalau sudah bekerja.
Dapat gaji, terus pi bayar situ bayar sini...
Walaupun sudah 8 bulan bekerja, tapi baru bulan ni terasa betul-betul mula berdikari. Ya la, sebab sebelum ni kalau mau bayar apa yang perlu dibayar, tunjuk muka kesian dengan babah minta tolong bayarkan sekali di bank, so just sediakan duit and babah tolong urus.
*Anak siapaaaa la ni* Huahuahua
Tapi oleh kerana sekarang babah sudah selesaikan semua loan,
so terpaksalah diri ini belajar berdikari pi bayar sendiri semua yang perlu dibayar pada setiap hujung bulan. Alhamdulillahh...
Tadi tym driving sendirian lepas bayar itu ini, ungkapan alhamdulillah tu macam nda putus-putus diungkapkan....sebab urusan bayar-membayar lepas dapat gaji ni telah membuka mata hamba bahawa Allah telah memurahkan rezeki hambaNya yang seorang ni.
Buktinya, hamba masih mampu tuk bayar-bayar. hihi
Alhamdulillah...


Thank You Allah,

Wednesday 19 October 2011

Cam Whoring

Apabila murid lepasan UPSR yang keboringan di dalam kelas berjumpa dengan si cikgu yang gila bergambar,
maka inilah yang akan berlaku....














Sekian. Don't try this at school. =D

p/s : Matilah klu GB nampak gambar ni. hahahahahahaah

Crazy ticeh,