Sunday, 12 August 2012

Get Well Soon

Alhamdulillah...
Setelah 6 hari tidur, akhirnya Tuz telah membuka mata Jumaat lalu.
Tapi keadaannya masih sama, terlantar menahan kesakitan dan masih belum mampu bercakap.
But its ok...its ok....yang penting dia sudah sedar...
Sekarang apa yang merisaukan ialah hamba baru mendapat tahu bahawa telah berlaku hentakan di bahagian tulang belakang Tuz dalam kemalangan tersebut. Dan hal ini mungkin akan memberikan kesan yang belum diketahui.
Sejujurnya, hamba risau....jika kesan yang dimaksudkan ialah.....entah lah...
Nauzubillah.....


Ya Allah...semoga dengan izinMu, Cletus akan sembuh seperti sedia kala...amin.

Si Kicik,

Thursday, 9 August 2012

Please Wake Up

Salam.
It's been a while....
Salam Ramadhan semua....cepat betul masa berlalu kan...
Nampaknya sudah tinggal 10 malam terakhir...marilah kita gunakan peluang ini sebaik mungkin,insyaAllah.
Begitu juga dengan hari berbahagia hamba....tup tup tup, cuma tinggal beberapa hari saja lagi....

Saat hamba sedang gembira menghitung hari, hamba telah dikejutkan dengan satu berita. Seorang sahabat baik telah ditimpa kemalangan...dan kini terlantar di ICU Hospital D.O.K Sandakan.
Cletus, seorang sahabat yang lucu dan ceria orangnya,
kini terlantar dalam keadaan koma.
Sedih hati usah ditanya...entah macam mana hendak diungkapkan, hamba sendiri pun tidak tahu...Air mata tidak berhenti mengalir saat menghubungi seorang rakan, abang Din yang setia menemani dan memberitahu perkembangan Cletus di sana.
Mengetahui dia sedang bertarung nyawa itu sudah cukup memilukan...belum lagi melihat keadaannya secara live...
Ya Allah, aku mohon padaMu, berilah Cletus peluang kedua...sedarkanlah dia dari tidurnya...berilah dia kekuatan untuk berjuang melawan ujian yang dihadapinya ini...amin ya Rabb.


  



Tuzz...please wake up.....I know u gonna win this battle.
I hope u can hear our prayers. Amin.

Si Kicik,