Sunday, 29 April 2012

We've Been Shoot ♥

Salam.
Hi pepol! :) Yeayy, it's Sunday! and i'm glad that i'm at home right now. Ntah berapa minggu sudah tidak dapat menikmati hari Ahad. Syukurlah dapat berehat hari ni. Especially after a very hard work yesterday.
Wohaaa...yesterday had been a very tiring Saturday for me.
Awal pagi i've to pick up the kids, jadi guru pengiring pertandingan mewarna sempena Water Festival yang diadakan setiap tahun di Labuan.
Tengah hari around 12.30pm safely arrived home. Makan, solat, mandi.
Then at 1.30pm, i've to take off for another activity..which was...tadaaaaa...
my pre-wedding shoot. ;p

Gambar ini diicilok from our photographer. Pinjam yeee sebagai teaser of our  pre-wedding. ehe

Penat okkkk...it took about  4 hours to make it done. Sudah la pakaian sungguh tidak stylo, badan lagi keras mau posing...Ni la ni kalau memang sudah namanya bukan model. Siapa lah diri ini, cuma anak kampung yang biase2 aje..ekeke Tapi betul laa...i'm not that kind of girl yang you know, pandai bergaya, fashionista or what's so ever lah. Simple yet comfortable, yes thats me. :)
But seriously, no make up (mau natural beauty kunun, natural la sangat..ekeke), baju pun ntah apa-apa ntah. And the angin is the very the bikin panas because it made the tudungss the hancussss. hahaha (p/s : tudung memainkan peranan yang sangat penting okkk..tapi time tu juga laaa dia buat hal. Sabo je lahhh). Ok, i'm getting worried now memikirkan hasilnya. Fuhhh..harap-harap kepenatan itu berbaloi-baloi..amin amin amin.

Dan satu lagi hasil that we've got from this shooting ialah........HITAM. muahehe
Nasib baik la pre-wedding ni diadakan beberapa bulan lebih awal sebelum majlis, dapat juga mau repair balik kulit ni. Kalau sebulan or beberapa minggu sebelum majlis baru mau shoot, hehh you pikirrr la sendiri! :p

The wedding girl,

Monday, 16 April 2012

Buka Minda ♥

Salam.
Syukur alhamdulillah...hamba dan tunang telah pun selesai menghadiri kursus kahwin yang sepatutnya didahulukan sebelum urusan yang lain....
Maka dengan ini, terbuktilah kebenaran kepada apa yang sering didengar dan diperkatakan oleh bakal pengantin yang telah menghadiri kursus ini bahawa kursus kahwin agak membosankan.
Ya, hamba sendiri mengaku telah beberapa kali mengangguk-anggukkan kepala sepanjang menghadiri kursus tersebut. Bukan menganggukkan kepala tanda setuju dengan penceramah ya tuan-tuan dan puan-puan, tetapi menganggukkan kepala kerana tertidur-tidur ayam. Sungguh memalukan jika ada yang perasan. huhu

Memasuki Gerbang Perkahwinan
Sebenarnya kursus kahwin ini dapat memberi panduan dan pengetahuan yang sangat berguna kepada bakal-bakal pengantin untuk berhadapan dengan cara hidup yang bakal berubah setelah bergelar suami dan isteri mengikut jalan yang diredhai Allah, insyaAllah..termasuklah kepada hamba dan tunang.
Cuma yang menjadikan kursus ini agak boring ialah cara penyampaian penceramah. Bagi penceramah yang lucu, hamba suka, mata sangat segar mendengarkannya. Tapi yang agak mendatar itulah yang menjadi punca mata semakin mengecil.
Apapun alhamdulillah...semuanya sudah selesai...dan dengar khabar, kursus ini akan dipanjangkan kepada seminggu...Tahniah dan selamat mendengarlah ye kepada yang belum menghadirinya...ekeke

Dan alhamdulillah...sejujur-jujurnya...kursus ini telah menyedarkan hamba tentang sesuatu yang pada asalnya hamba sendiri pun sudah tahu, cuma diri ini lalai kerana terlalu memberi tumpuan kepada hal-hal duniawi yang bersifat sementara. Dan jika perkara yang sama dihadapi oleh anda, marilah kita sama-sama membetulkannya.
Sesungguhnya apa pun yang kita lakukan, biarlah niat kita melakukannya hanya kerana Allah s.w.t.
Astagfirullahalazim....berikan aku hidayahMu ya Allah...

The Wedding Girl,