Wednesday 7 December 2011

Jauh Perjalanan, Luas Duit Berterbangan. muahaha

Salam.
Hi my dear silent listeners. How have u been?
Ampun, lama nda terupdate. After those busy weeks, hamba terus fly for holidays..and i'm home now! yeayyy! hehe Dan tahukah anda bahawa cuti sekolah sangat membahagiakan? Muahaha

Well...it's been a long journey..
Bermula saja cuti sekolah which is Sabtu, hamba sudah bergerak ke KK coz flight hamba awal pagi Ahad KK-KL. Then bermalam 1 malam di KL sebelum bertolak ke Singapore pada keesokan harinya. Actually it was my second visit to Singapore. My first visit was on 2007 kalau nda silap, bersama-sama family tersayang. Itupun kami cuma pulang balik, bermalam di Johor. Dannnnn...time tu Universal Studio Singapore (USS) belum wujud. Maka kerana itulah hamba berminat untuk menyertai rombongan  kelab guru ke Singapore, hanya demimu USS. muahahaha

Oh ya, kalau anda berniat untuk shopping di Singapore, hamba nasihatkan padamkanlah niat itu sekarang. It's dollar guysss!
Berdasarkan kajian, ceh kajian, pemantauan dan pemerhatian yang hamba lakukan, sebenarnya barang-barang di Singapore memang murah...accesories, baju-baju, makan minum semua murah...akan tetapi, eseh, kasi suspen sikit, ehehe...kalau nilai dollar itu ditukar kepada ringgit malaysia, maka harga yang sebenarnya murah itu menjadi mahal di mata kita....
So kesimpulannya di sini, murah untuk Singaporian, atau sesiapa yang berkerja di Singapore, tetapi mahal kepada Malaysian atau sesiapa yang nilai mata wang negaranya lebih rendah daripada dollar Singapore.
Sekian, ulasan matawang untuk hari ini. ekeke
Jom cuci mata dengan beberapa gambar hamba di USS. Enjoy! hehe

Akhirnya...hajat tercapai...ehehe
Po! My favorite kungfu warrior yang comel. ehehehe 

This is what i've been waiting for. Meet the fairytale castle yang sejak kecil cuma mampu tengok dalam cerita princess....dan hamba terus hanyut dengan angan-angan sepanjang berada di sana..hahaha


That's it! Banyak lagi sebenarnya...boleh tengok di FB hamba jika sudi. hehe
Dan percutian hamba belum berakhir apabila balik ke Malaysia.
Hamba stay lagi di ibu kota 3 hari, iaitu di KL bersama my dearest bestfriend, Ani.
Dan...aktiviti kami ialah...shopping! Itu sudah pasti. muahahahaha
Syukurlah cuma 3 hari, kalau nda....wallahualam..=P

Seterusnya, dari KL hamba sambung percutian dengan mendarat di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak..
Sebelum ni hamba cuma pernah ke Mukah. So kali ini hamba meluaskan pemandangan dengan mengexplore beberapa buah kawasan lagi di Sarawak, iaitu bermula di Sibu > Sarikei > Saratok > Betong dan last destination, Kuching.
Actually tujuan utama ke Sarawak adalah menghadiri majlis pertunangan dua orang rakan seperjuangan hamba, iaitu Hans dan Niesa. Masih ingat lagi, dulu kami bermula sebagai satu geng yang rapat. Nda tau la macam mana Hans boleh termasuk dalam geng kami yg semuanya perempuan. ehehe Dan tidak disangka dalam diam2 cinta mula berputik antara 2 orang geng ini, eseh..hehe dan alhamdulillah, sekarang telah diikat dengan ikatan pertunangan.
So happy for both of you! =)
Sudah alang-alang sampai ke Sarawak, bagus explore terus kan? Maka kerana itulah terancangnya percutian di Sarawak. Alhamdulillah, memandangkan hamba mempunyai ramai kawan Sarawakian, maka itu memudahkan dan menyeronokkan lagi percutian hamba di sana. hehehe

Lovely Niesa..

Dannnn...Sarawak bukanlah penghujung kepada percutian hamba.
Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi yang seterusnya, iaitu Kota Kinabalu, Sabah.
Di KK, aktiviti hamba lebih kepada entertainment. Lebih-lebih lagi apabila tunang tersayang menyusul datang. Dua-dua kaki panggung. Maka dengan itu, movie marathon la jawabnya..hehehe
Dannnnnnnnnnnnnn...omaigaddddddddd! Setelah seminggu hamba menahan hati daripada menyerbu panggung untuk menonton wayang kami, eseh wayang kami ahhh..ya wayang kami...hahaha akhirnya dapat juga tengok bersama tunang tersayang...hehehehe
Apa wayang kami? Jeng jeng jenggggg...Twilightttttt!

Aduh aduh aduh, sangat romantic...terus berbunga-bunga hati mau kawin...=P
Sebelum tunang datang, hamba ada juga melawat panggung bersama rakan-rakan, menonton satu lagi wayang yang dinantikan-nantikan, iaitu Ombak Rindu. Ya ampun, terus selesma time keluar panggung. Sedihnya la cerita ni. Sebelum ni cuma dengar sinopsis daripada kawan-kawan yang kaki novel. Tapi lepas tengok sendiri, fuhhh...salah satu filem Melayu yang boleh diterima la. hehehe

Ok, begitulah perjalanan dan aktiviti hamba dalam 2 minggu yang lalu.
KK adalah destinasi percutian yang terakhir. Cukuplah 2 minggu hamba menghilangkan diri. Sekarang masa untuk menghabiskan sisa-sisa cuti dengan relekssssss di rumah. So kepada anda yang sedang bercuti, selamat menikmati cuti anda. =) Dan kepada yang tidak bercuti, mohonlah cuti. Wah sukahatiku. hahaahaha
Sekian, bahagianya cuti. hihihii

Sedang menikmati cuti,

4 comments:

  1. woaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh ! jelez eh ayg ! wuwu , ombak rindu :') twilight !! wuuuwuuuu :') jalan2 ! wuu , jelezzz !

    ReplyDelete
  2. woot... pnya best bik ko pi bercuti2 sakan... Jealous nya... Hehehe.. Balik lah sudah ko ni kan cni.. "Like"...

    ReplyDelete
  3. hehehe ayang x blk kmpg? blh tgk wyg d kk, klu mau tunggu labuan, lmbt lg rasanya..hehe

    ReplyDelete
  4. mau hilangkn stress slps berhempas pulas dgn kerja ba my. hehe yup, im home! lookg forward 4 ur big day. woot woot! hehe

    ReplyDelete