Salam.
Wahhh...hamba sangat happy hari ini. hihi
Alhamdulillah hari ini sudah masuk tahun ke-2 hamba menyambut Hari Guru.
Dan apa yang membuatkan Hari Guru ini lebih bermakna kepada hamba ialah sambutan yang diadakan bersama keluarga SKM. Sangat happening! Hilang segala penat yang dirasai sebelum ini. Memang sangat diraikan dan terasa dihargai oleh semua pihak. :)
Sejujurnya, dulu sungguh hamba tidak pernah merancang untuk menjadi guru.
Tapi alhamdulillah, berkat doa dan galakan seorang ibu, maka hamba telah memilih laluan ke arah profesion ini. Mungkin Allah memang telah mencatatkan bahawa rezeki hamba adalah pada profesion perguruan yang sangat mulia ini. Satu profesion yang mungkin nampak mudah bagi sesetengah pihak, namun pada hakikatnya merupakan satu profesion yang sangat mencabar. Memang tidak dinafikan kadang-kala hamba sendiri tidak lari daripada merungut, tapi bila kesedaran itu datang, hamba cuba mengingatkan diri sendiri, "Sabar, sabar, tetapkan niat di hati 'Lillahi Taala'."
Segala-galanya biarlah 'Lillahi Ta'ala'. Memberi 'Lillahi Ta'ala', menerima 'Lillahi Ta'ala', berjuang 'Lillahi Ta'ala', mengajar 'Lillahi Ta'ala' dan semuanya 'Lillahi Ta'ala'. Sesungguhnya jika kita meletakkan segala tindakan yang diambil adalah kerana Allah S.W.T, maka kita akan berasa tenang serta redha dengan segala ketentuanNya, yang Maha Mengetahui tentang perjalanan kehidupan hamba-hambaNya, di samping kita berusaha. InsyaAllah. :)
Taraa...sedikit gambar untuk dikongsi. hihi
Wif my mentee, Fera. :) |
Appreciation from beloved students. :) |
Fofular ke derrrr...hihihihi |
Ok, selain daripada sambutan Hari Guru tadi, hamba juga happy keranaaaaaaa...hihi
Kerana sekarang rakan-rakan bolehlah meninggalkan komen sekiranya singgah di blog hamba yang sukahati selambayaya ini. haha Sebab masalah teknikal yang dihadapi sebelum ini sudah dapat ditangani. Big thanks to my dear friend Riena! hihi
p/s : Perkongsian hari ini telah diinspirasikan oleh seorang rakan blogger.
Terima kasih diucapkan. :)
Terima kasih diucapkan. :)
Proud to be a teacher,