Showing posts with label School of Rock. Show all posts
Showing posts with label School of Rock. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

Happy Teacher's Day :)

Salam.
Wahhh...hamba sangat happy hari ini. hihi
Alhamdulillah hari ini sudah masuk tahun ke-2 hamba menyambut Hari Guru.
Dan apa yang membuatkan Hari Guru ini lebih bermakna kepada hamba ialah sambutan yang diadakan bersama keluarga SKM. Sangat happening! Hilang segala penat yang dirasai sebelum ini. Memang sangat diraikan dan terasa dihargai oleh semua pihak. :)

Sejujurnya, dulu sungguh hamba tidak pernah merancang untuk menjadi guru.
Tapi alhamdulillah, berkat doa dan galakan seorang ibu, maka hamba telah memilih laluan ke arah profesion ini. Mungkin Allah memang telah mencatatkan bahawa rezeki hamba adalah pada profesion perguruan yang sangat mulia ini. Satu profesion yang mungkin nampak mudah bagi sesetengah pihak, namun pada hakikatnya merupakan satu profesion yang sangat mencabar. Memang tidak dinafikan kadang-kala hamba sendiri tidak lari daripada merungut, tapi bila kesedaran itu datang, hamba cuba mengingatkan diri sendiri, "Sabar, sabar, tetapkan niat di hati 'Lillahi Taala'."

Segala-galanya biarlah 'Lillahi Ta'ala'. Memberi 'Lillahi Ta'ala', menerima 'Lillahi Ta'ala', berjuang 'Lillahi Ta'ala', mengajar 'Lillahi Ta'ala' dan semuanya 'Lillahi Ta'ala'. Sesungguhnya jika kita meletakkan segala tindakan yang diambil adalah kerana Allah S.W.T, maka kita akan berasa tenang serta redha dengan segala ketentuanNya, yang Maha Mengetahui tentang perjalanan kehidupan hamba-hambaNya, di samping kita berusaha. InsyaAllah. :)

Taraa...sedikit gambar untuk dikongsi. hihi

Wif my mentee, Fera. :)
Appreciation from beloved students. :)
Fofular ke derrrr...hihihihi
Ok, selain daripada sambutan Hari Guru tadi, hamba juga happy keranaaaaaaa...hihi
Kerana sekarang rakan-rakan bolehlah meninggalkan komen sekiranya singgah di blog hamba yang sukahati selambayaya ini. haha Sebab masalah teknikal yang dihadapi sebelum ini sudah dapat ditangani. Big thanks to my dear friend Riena! hihi

p/s : Perkongsian hari ini telah diinspirasikan oleh seorang rakan blogger.
Terima kasih diucapkan. :)

Proud to be a teacher,

Wednesday, 29 February 2012

Hidup Bowling!

Haaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh??? Terkezuttt my hearttt..buka2 ja blog terus ternampak my wedding widget yg tercatat jumlahnya less than 200 days. huhu
You better get things ready Nanie!
Bukan juga hamba sengaja untuk melengah-lengahkan persediaan yang sepatutnya sudah dimulakan daripada sekarang. Cuma buat masa ni masih ada komitmen lain yang perlu diberi perhatian..

Last 2 weeks jadual hamba agak padat dengan paginya pergi kerja, petangnya pergi ke Golden Bowl. Golden bowl bukanlah kedai emas ye ladies and gentlemen, itu merupakan tempat untuk bermain bowl bowl bowling. hehehehe
Untuk pertama kalinya dalam hidup, hamba telah menjadi juruletih ok, bukan jurulatih, tapi juruletih, sebab letih melatih. ehehehehe nahhhh...nda juga la letih...sebab yang main tu murid, bukan guru..ada aircond lagi..heheheheh
Mau cakap hamba ni tahap profesional main bowling, tipu pula kalau cakap YA. (insyaAllah will be soon...amin. hahaha angan2)
Hamba sendiri pun sebenarnya dalam proses untuk meningkatkan kemahiran. Tapi atas dasar minat, hamba merajinkan diri sendiri untuk bawa budak2 ni berlatih pada setiap petang memandangkan cuma ada 2 minggu sahaja lagi sebelum pertandingan....fuhhh tempoh yang agak singkat untuk pemain amatur macam kami ni...huhu
Tapi alhamdulillah..berkat kesungguhan dan keseronokan yang amat seronok sepanjang latihan, my bowling team dengan tidak kesangkaan dan tidak kepercayaannya (cehhh rosak bahasa..hahaha) telah berjaya mendapat tempat johan punya pesaing iaitu Naib Johannnnn!!! yeayyyy!! tepuk tangan tepuk tangan. hehehe
Gumbira sehhhhh....entahlah macam mana mau cakap, tapi hamba gembira sebab kami berjaya sampai ke tahap ni. Alhamdulillah. hihihi

Ini sajalah gambar yang ada untuk hamba kongsikan bersama...diambil m'gunakan hengpong yang sungguhlah canggih. Yang penting, kegembiraan jelas terpancar di wajah kami. Eseh. hihihi
Selain komitmen kerja, hamba juga sebenarnya sedang sibuk menguruskan satu lagi mimpi yang InsyaAllah akan 100% menjadi kenyataan. Buat masa ni masih dalam 60%. hehehe Ingin tahu apaaaaaa???? Nantikan kemunculannya dalam post akan datang..ehehehehe

The busy girl,

Thursday, 8 December 2011

Rindu la pulakkk..

Waaa sunyinya rumahhh...
Mereka meninggalkanku sendirian menjaga rumah....agaknya mau balas dendam la tu sebab 2 minggu hamba tiada di rumah. muahaha  Macam biasa, malam ni check in rumah kak Lyn la jawabnya. Tiada keberanianku untuk home alone. hehehe
Hmm...time sorang-sorang ni, tiba-tiba teringat pula dengan budak-budak yang telah menjadi 'geng karas' hamba. Hari tu time sedang melancong, semua sibuk sms and call tanya bila balik, mau bawa jalan.....tapi bila sudah balik, senyap pula hengpong ni. Rindu juga sebenarnya dengan mereka-mereka ini...pelik pula ni tau...lucu pun ada...hari tu sempat juga luangkan masa time hari terakhir sekolah...rindu sehhhh..





 Mau bawa jalan sekarang macam malas pula. huahuahua
Tunggulah kerajinan datang, mau rehat dulu.
Best juga sebenarnya bergeng dengan budak-budak ni, terus terasa diri ini macam masih budak sekolah. muahahaha

Saya rindu mereke lerrr..

Wednesday, 26 October 2011

Happy Hours with the Students

Oh my happy day!
Gumbiranya hari ni.....say NO to stress! hehe
Dari pagi tadi ada program dengan murid-murid tahun 4. For the 1st time, i jadi penceramah ok. hahahaha Sikit ja pun ceramahnya tu, selebihnya buat aktiviti. Sangat enjoy! Especially chicken dance for my slot and part karaoke! Murid-murid ni kannn...kalau bab menghafal lagu punya cepat ingat, cuba disuruh hafal sifir, punya lidutttt...it's a fact! hihi
Then petang...continue dengan happy hour with students year 6.
It's bowling timeeeeeee!
Gila rindu, lama nda main bowling..fuhh! Terus longkang lah jawabnya time main tadi, lama nda main kan (kunun, padahal memang nda pandai main pun..hahahaha).
 Murid, guru, semua sporting. Semua bakat menari yang terpendam terus dapat dicungkil tadi gara-gara segala jenis tarian keluar kalau dapat strike. hahahaha
Best best!
Selesai dengan happy hour, some of the students masih belum puas main bowling, so kami stay la sambung game.
Then sebelum hantar dorang balik, sempat lagi singgah di Sea Complex. Buat apa? Apa lagi, bergambar laaa! hahaha. 
Check it outttt! hihihihi

6 orang kena sumbat dalam MYVI (7 trmsuk hamba), pandai2 la kamu hidup ahh. hahaha

Who's the teacher? muahaha







Buat muka kesian gara2 nda dapat ambil beg sbb lmbt balik and gate sekolah sudah kena kunci. hahaha

Happy teacher =D

Wednesday, 19 October 2011

Cam Whoring

Apabila murid lepasan UPSR yang keboringan di dalam kelas berjumpa dengan si cikgu yang gila bergambar,
maka inilah yang akan berlaku....














Sekian. Don't try this at school. =D

p/s : Matilah klu GB nampak gambar ni. hahahahahahaah

Crazy ticeh,

Saturday, 2 July 2011

Run Baby Run

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Larian serentak 1 Malaysia yang melibatkan semua murid dan guru yg berminat..
Mau cakap berminat nda juga, tapi lari saja lah...sekali sekala..
Nah, terus hitam-hitam kelabu dunia lepas lari..huahuahua
Apapun, sila ucapkan syabas dan tahniah lah ye kepada cik Nanie Anabell kerana setelah entah berapa lama nda berlari, berjaya juga berlari sejauh 1.5 km, teda shortcut2 okkk ..kagum....

Pelari negara,