Saturday, 7 January 2012

Two Zero One Two

Salam.
Jeng jeng jeng! Its my 1st post for 2012. Yeayyy. hehehehe
Hi my dear silent listenerssss!
By the end of 2011, jadual hamba agak padat, thats why tidak terupdate blog.
As u can see, blog hamba berwajah baru sempena tahun baru...eseh...hihi
Whattt? Kenapa kamu senyum begitu? Because of my blog's title? Muahahaha
Jangan la kamu begituuu...malu i....eheheh
Yeppp, the Day is now on its way, uhh, scary....Its January! And i haven't start anything yet. Thats not good, as the time flies fast nowadays. Tup tup tup, sekali tengok, it's August! Nahhh..i better move fast right? No wonder why some people call me a snail, hamba sangat lambat bertindak, yaa what can i say.
Hamba sungguh tidak tahu di mana dan bagaimana harus hamba mulakan.
Guess i should start by making a list, what to do, what to buy, etc.
Or should i pick a theme dulu? Oh maii..i fening...
Hm..mcm nda percaya...i'm getting married soon....like, soon! Real soon!


But no worries, segala persediaan sepanjang menuju ke hari berbahagia ini akan hamba kongsikan bersama, so stay on track guys!
And please do pray for me..
May Allah ease the way. amin =)

The Wedding Girl,

Friday, 9 December 2011

Do you see yourself as a shopaholic?

Sedang mulut hamba mengunyah-ngunyah nasi goreng yang sungguh rajin hamba goreng pada pagi-pagi ini, sambil tangan hamba membelek-belek majalah Intrend yang dipinjam daripada kakak ipar, tiba-tiba kunyahan dan belekan hamba terhenti apabila terlihat satu artikel seperti amat amat amat berhubung kait dengan hamba, bak kata orang, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya, nda kan pula orang yang minum air terasa pedas kan? eh apa ni, melalut sudah ni. Ok ok, back to track. Ini lah ni..satu topik yang sangat sesuai untuk dikongsikan bersama...untuk memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang rasa dirinya pandai lupa daratan apabila...jeng jeng jeng...bershopping! Jom kita tengok siapa yang kenaaaaaaa..

10 Tanda Anda Ketagih Berbelanja atau lebih dikenali sebagai 'Shopaholic'


1. Pengeluaran melebihi bajet
Sudah tetapkan bajet, tetapi membelanjakan wang lebih daripada bajet dan akhirnya terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan.

2. Belanja kerana emosi
Berbelanja apabila berasa marah, depresi atau kesepian.Juga kerap bertengkar dengan orang lain yang tidak setuju dengan tindakannya yang kuat berbelanja.

3. Tidak fikirkan kesan jangka panjang
Apa yang diinginkan pada saat itu harus diperoleh tanpa memikirkan terlebih dahulu apakah gaji bulanan cukup untuk membayar keperluan lain.

4. Gila membeli
Cenderung mengambil barang yang disukai tanpa berfikir panjang sama ada dia sebenarnya memerlukan barang tersebut atau tidak.

5. Rasa seronok
Saat melihat barang-barang di kedai, dia akan berasakan semangat dan tidak sabar untuk membelinya. Namun setelah membayar, timbul rasa bersalah. Sayangnya, itu tidak membuatnya serik untuk berbelanja lagi.

6. Tak boleh hidup tanpa kad kredit
Berasa kehilangan tanpa memegang kad kredit, terutamanya saat berjalan-jalan di pusat membeli belah.

7. Berbohong
Berbohong soal harga barang yang dibelinya kerana takut menerima kritikan. Biasanya dia akan menyebut harga yang lebih rendah kerana khuatir dikatakan sebagai seorang yang boros.

8. Kekerapan berbelanja
Ketagihan berbelanja adalah gangguan yang berlanjutan, tidak hanya sekali atau dua kali. Shopaholic boleh berbelanja besar lebih daripada tiga kali setahun.

9. Suka sembunyikan masalah
Menyembunyikan barang yang dibeli kerana takut dikritik jika orang lain tahu apa yang dibeli. Biasanya dia memiliki tempat simpan rahsia dalam kamarnya.

10. Hubungan sosial bermasalah
Hubungan boleh terganggu kerana shopaholic banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk berbelanja, dan cuba menutup hutangnya dengan tipu muslihat.


Eeiiihhhh...7 daripada 10? biar betul ...mustahil mustahil...


Shopaholic kah saya?